top of page

Faktor mempengaruhi pemilihan kerjaya.

Sharf (2013), telah menyenaraikan faktor-faktor pemilihan kerjaya berdasarkan teori-teori kerjaya yang mana melibatkan faktor genetik, kematangan kerjaya, kebolehan, bakat, kebolehan membuat keputusan, dan pelbagai faktor lain

01

Faktor Keluarga

Kebanyakkan individu di Malaysia amat mementingkan nilai kekeluargaan dalam membuat sesuatu keputusan. Sebelum membuat segala keputusan, perkara utama yang harus dibuat adalah berbincang dengan keluarga samaada kerjaya itu sesuai atau tidak. Keadaan ini menyebabkan ada sesetengah individu itu memilih kerjaya yang sama seperti ibubapa mereka. Ini dibuktikan oleh Khairani (2012) bahawa ibubapa yang bekerja sebagai guru bolrh mempengaruhi secara langsung anak-anak mereka untuk memilih kerjaya yang sama.

02

Faktor genetik

faktor latar belakang genetik mempengaruhi minat, kecerdasan, sikap dan personaliti individu yang akhirnya akan mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang. Selain itu, ia turut mempengaruhi sifat fizikal individu seperti ketinggian, kecantikan dan kecacatan individu. Individu yang tinggi sudah tentu tidak sesuai untuk menjadi askar. 

03

Faktor individu

Pengetahuan individu terhadap sesuatu kerjaya merupakan faktor yang utama dalam pemilihan kerjaya yang sesuai. Menurut Rohl (2012), berpendapat bahawa pengetahuan tentang kerjaya adalah terhad dan hanyalah berdasarkan kepada maklumat yang tidak langsung daripada kanak-kanak kepada remaja. Sebagai contoh zaman kanak-kanak,dimomokkan dengan cerita tentera, namun dalam realiti sebenar tentera bukanlah seperti lakonan. Pengetahuan individu yang lemah menyebabkan, seseorang itu memilih kerjaya yang tidak sesuai dengan personaliti dirinya. Oleh itu, maklumat tentang sesuatu pekerjaan yang ingin dipilih adalah mencukupi maka bertambah mudah bagi seseorang untuk memadankan personaliti yang ada padanya

04

Kematangan kerjaya

Super (1979), mendefinisikan kematangan kerjaya sebagai tindakan awal seseorang individu sebelum menceburkan diri dalam bidang kerjaya termasuk sikap memilih kerjaya. Kematangan kerjaya sangat penting keatas setiap individu kerana ia dapat memudahkan dan membantu individu dalam menjelaskan berkenaan perancangan kerjaya, penerokaan kerjaya, kemampuan membuat keputusan dan maklumat pekerjaan (Aliyah,2016). Apabila kita sudah tahu kerjaya yang sesuai dengan diri kita, maka itulah yang dimaksudkan dengan kematangan kerjaya. Menurut Azrul (2014), menjelaskan seseorang individu dianggap bersedia menempuh alam pekerjaan setelah melengkapkan proses penerokaan dan perancangan kerjaya serta mampu membuat keputusan untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan personalitinya.

Rujukan 

​

Muhd Azrul Jaafar, (2014). Faktor-faktor yang Menpengaruhi Kematangan Kerjaya Pelajar-pelajar Tahun Akhir di Pusat Latihan Teknologi (ADTEC). Universiti Utara Malaysia.

​

Aliyah, U., & Salleh, A. (2019). KEMATANGAN KERJAYA DAN KESEDIAAN KERJAYA PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR DI POLITEKNIK MELAKA. Jurnal Pendidikan, 461-465.

​

S. Khairani (2012). Alihan Kerjaya Pekerja Bidang Teknikal Kepada Bidang Pendidikan Dalam Kalangan Pengajar Mtun

© 2023 by Fahmi Izzat.
Powered and secured by Wix

Call

011-5502-6879

Write

Follow

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Instagram
bottom of page