top of page

Sejarah perkembangan kaunseling kerjaya di Malaysia

  • Kaunseling kerjaya bermula pada tahun 1939 yang berkembang melalui penerbitan buku yang berjudul A Guide to Careers in Malaya for Parents , Teachers and Pupils.Buku ini memberi penerangan dan analisis tentang siri kerjaya dalam perkhidmatan BnK.

  • Selepas perang dunia kedua, perkhidmatan pekerjaan belia di dalam sektor Jabatan Buruh Negeri oleh Kementerian Buruh pada ketika itu. 

  • Pada tahun 1960, Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat pekeliling yang menggalakkan kepentingan bimbingan dan kerjaya serta keperluan melantik guru kerjaya di semua sekolah.

  • Menurut Rohani (2008), tahun 1968 merupakan tahun bermulannya perkhidmatan Kaunseling yang mana pada ketika itu semua sekolah menengah perlu melantik seorang guru yang sesuai untuk dijadikan sebagai Guru Bimbingan Kerjaya.

  • Tujuan perkhidmatan ini diperkenalkan di Malaysia kerana adanya kesedaran bahawa pelajar sekolah sangat memerlukan bimbingan kerjaya di sekolah dan ketika itu perkhidmatan ini dijalankan oleh guru-guru yang menerima latihan dalam perkhidmatan selama dua minggu yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran. Maka tertubuhlah satu unit yang dinamakan sebagai Unit Bimbingan dan kerjaya.

  • Tahun 1973, Persatuan Bimbingan dan Vokasional Malaysia ditubuhkan yang bertujuan untuk membantu membimbing pelajar memilih kerjaya yang sesuai mengikut personaliti diri.

  • Perkembangan Kaunseling di Malaysia agak lambat dari negara barat namun kita telah menubuhkan dua badan Kaunseling Profesional iaitu PERKAMA dan Lembaga Kaunselor sebagai tanda penerimaan dan pengiktirafan terhadap profesion Kaunseling di Malaysia.

​

​

Sejarah perkembangan Kaunseling kerjaya di Luar Negara

  • Bermula di Amerika Syarikat secara tidak formal apabila Frank Parsons menubuhkan Boston Vocational Bureau pada tahun 1908 yang bertanggungjawab memberi bimbingan dengan cara yang sistematik terhadap 80 orang lelaki dan 80 orang perempuan.

  • Menurut Zunker (1998), penubuhan perkhidmatan tersebut bermatlamat untuk membantu golongan belia yang memerlukan khidmat bimbingan dan bantuan bagi pemilihan dan penempatan mereka dalam bidang latihan dan pekerjaan

  • Parson telah menghasilakn buku yang berjudul Choosing a vacation pada 1909 sebagai panduan bimbingan dan kerjaya dan menjadi batu asas kepada permulaan kaunseling kerja

​

​

Rujukan

​

Mohamed Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad. (2006) Bimbingan dan Kerjaya. Johor DarurTakzim:Universiti Teknologi Malaysia.

​

Rohany Nasir. (2008). Kaunseling kerjaya: Anjakan daripada konvesionalisme. Bangi:Penerbit UKM

© 2023 by Fahmi Izzat.
Powered and secured by Wix

Call

011-5502-6879

Write

Follow

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Instagram
bottom of page