top of page

1. Definisi personaliti

Setiap individu yang wujud di atas muka bumi ini mempunyai sifat,sikap,gaya dan personaliti diri yang tersendiri. Personaliti merupakan satu lambang kepribadian atau akhlak seseorang individu yang jauh berbeza dengan individu lain. Ini bermaksud, semua kategori manusia adalah sama, namun apa yang membezakan adalah dari segi kepribadiannya sahaja. Ia bergantung kepada persekitaran. Menurut Mok (2011), personaliti boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu introvert dan ekstrovert

  1. Personaliti Introvert -:Individu yang seringkali menyembunyikan perasaan dan emosinya seperti sifat pendiam, serius dan pemalu, kurang bercakap dan selalunya fokus mendengar pertuturan orang lain. Tambahan lagi, golongan ini biasanya lebih gemar berseorangan ,merenung, bermonolog dengan diri dan lebih gemar aktiviti secara solo

  2. Personaliti ekstrovert -:Individu yang berpersonaliti ini biasanya lebih suka dan minat terhadap dunia luar seperti aktif dengan aktiviti sosial,peramah,mengambil inisiatif sendiri dalam menyelesaikan masalah. Mereka lebih kepada aktiviti sosial yang boleh bergaul dengan orang ramai

​

Kedua-dua kategori personaliti ini boleh diseleraskan mengikut teori Pemilihan Kerjaya Holland.

2.Teori pemilihan kerjaya Holland

Teori ini menerangkan enam jenis personaliti dan persekitaran kerja iaitu R-I-A-S-E-K. Menurut Holland (1985), persekitaran kerja merujuk kepada suasana ataupun situasi yang dibina daripada individu-individu yang menguasai persekitaran tersebut. Holland (1973), menegaskan lagi keselarasan akan wujud dalam seseorang individu apabila individu itu bekerja dalam persekitaran yang serupa dengan jenis personaliti. Contohnya, individu yang bekerja sebagai doktor memerlukan individu yang berpersonaliti sosial. Jadi persekitaran yang sesuai dengannya adalah persekitaran sosial.

  • Bagaimana cara untuk mengukur minat kerjaya supaya sesuai dengan persekitaran kerja

Perlu buat satu ujian yang dinamakan sebagai Self Directed Search. Ini kerana instrumen jelas dan tepat

3. Bagaimana personaliti Introvert dan ekstrovert dikatakan berkait dengan minat kerjaya Holland?

Ciri-ciri personaliti introvert dan ekstrovert seakan-akan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri minat kerjaya Holland iaitu Realistik,Investigatif,Artistik,Sosial,Enterprizing dan Konvensional.

Contohnya-:

  1. Personaliti introvert boleh dikaitkan dengan bidang Realistik,Investigatif dan sebahagian jenis Konvensional dan Artistik.

  2. Personaliti ekstrovert pula boleh dikaitkan dengan bidang sosial,enterprising dan juga sebahagian Konvensional dan Artistik

Jenis personaliti Holland

1.Realistik

  • Mempunyai kemahiran yang baik dalam menggunakan peralatan,mesin,lukisan mekanikal

  • Lebih gemar bekerja dengan mesin berbanding manusia

  • ciri-ciri

  1. Berhemah 

  2. berdisiplin

  3. Tegas

  • Contoh pekerjaan

  1. Mekanik

  2. jurutera

  3. bomba

  4. Juruterbang

​

4.Sosial

  • Senang bekerja dengan manusia dalam bentuk mengajar,membantu,membimbing,melatih,dan memberi dorongan

  • Ciri-ciri

  1. Mesra​

  2. baik hati

  3. Penyabar

  • Pekerjaan​

  1. Guru​

  2. Kaunselor,

  3. Pensyarah

6.Konvensional

  • Kemahiran pengkeranian dan pengiraan yang sangat baik

  • Akur kepada peraturan dan gemar merancang

  • Ciri-ciri

  1. Praktikal​

  2. Cermat

  3. Teliti

  • Pekerjaan​

  1. Akauntan​

  2. Kerani

  3. Pelabur saham

2.Investigatif

  • Suka membuat penilaian,menganalisis dan pemerhatian

  • Lebih percaya kepada bukti dan fakta

  • Ciri-ciri

  1. Optimistik​

  2. Analitikal

  3. teliti

  • Contoh pekerjaan​

  1. Jururawat,

  2. doktor perubatan

  3. saintis​

3.Artistik

  • Berkebolehan dalam bidang seni dan berfikiran kreatif

  • Bekerja dengan idea dan mahu kebebasan

  • Ciri-ciri

  1. Imaginatif,​

  2. Kreatif

  3. Intuitif

  • Pekerjaan​

  1. Pereka grafik​

  2. Arkitek

  3. Pelakon

5.Enterprising

  • Berupaya memimpin dan ucapan serta boleh mempengaruhi dan memanipulasi orang

  • Cenderung kepada politik dan wang

  • Ciri-ciri

  1. Peramah​

  2. berkeyakinan

  3. Bercita-cita tinggi

  • Pekerjaan​

  1. Ahli politik​

  2. ahli perniagaan

  3. Peguam

RUJUKAN

​

Mok Soon Sang. (2011). Ujian Sahsiah, Minat Kerjaya dan Panduan Temuduga : Untuk Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam DG 41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

​

Julianah, S., Norzihan, A., Hayati, M., & Guan, T. (2018). Hubungan Personaliti Dengan Minat Kerjaya dalam kalangan Penagih Dadah di Sabah. Malaysia Journal of Social Sciences and Humanities, 31-37.

© 2023 by Fahmi Izzat.
Powered and secured by Wix

Call

011-5502-6879

Write

Follow

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Instagram
bottom of page