SelongKarier
Konsep Bimbingan Kerjaya
Myrick (1997), bimbingan kerjaya adalah aktiviti yang melibatkan pemberian maklumat kepada pelajar sebagai tindakan untuk membantu pelajar bergerak maju ke arah cita-cita yang dihasratkan
Bimbingan kerjaya boleh disampaikan oleh sesiapa yang tahu tentang kerjaya. Dia tidak terhad kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sahaja.
-
Kepentingan Bimbingan kerjaya
-
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang kerjaya yang diingini supaya mereka ada tujuan
-
Membantu pelajar mengetahui jenis personaliti dan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti yang ada pada diri kita (SDS Holland)
-
Menambah pengetahuan murid tentang kerjaya yang bakal diceburi. Rohl et al. (2012). Model ini mengambil kira faktor pengetahuan kerjaya sebagai salah satu faktor utama
Definisi kerjaya
Sharf (1977), kerjaya merujuk kepada bagaimana seseorang individu melihat dirinya sendiri dan hubungkait dengan apa mereka lakukan. Contoh semasa di tingkatan 4,pelajar akan diberi pilihan untuk memilih aliran yang mana mengikut keputusan inventori minat kerjaya. Misalnya, aliran sains, jadi individu tersebut lebih cenderung ke arah sains apabila di alam kerja.
Menurut National Career Development Association Kerjaya merupakan kerja dan tingkahlaku yang dibuat oleh individu sepanjang hidup
Zunker (2006), kerjaya ialah aktiviti yang melibatkan pekerjaan dan tugas yang mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu.
Konsep Kaunseling Kerjaya
Sebuah proses perhubungan yang profesional yang melibatkan penggunaan teori semasa berinteraksi dalam sesi Kaunseling
Kaunseling sesuai untuk klien yang mempunyai konflik dalam memilih pekerjaan.
Menurut Sidek Noah (2002), Konflik pemilihan kerjaya seperti berikut-:
-
Ketidakupayaan membuat pemilihan dalam kerjaya
-
ketegangan dan penyesuaian
-
Ketidaksesuaian semasa membuat pilihan
Jadi,kes-kes diatas memerlukan khidmat kaunseling untuk membantu klien menyelesaikan isu yang timbul dalam diri mereka
Hubungan bersemuka antara kaunselor dengan klien dalam satu proses membantu klien memahami,meneroka, merancang, membuat keputusan serta tindakan berkaitan pendidikan, latihan dan pemilihan kerjaya atau masa depan klien.
RUJUKAN
Rohlfing, J. E., Nota, L., Ferrari, L., Soresi, S., & Tracey, T. J. G. (2012). Relation of Occupational Knowledge to Career Interests and Competence Perceptions inItalian Children. Journal of Vocational Behavior , 81, 330-337.
Sidek Mohd Noah, (2022) Perkembangan Kerjaya Teori dan Praktis. Universiti Putra malaysia.